Saturday, March 5, 2011

PEMERGIAN...

GENAP 100 HARI.

Hari ni genap lah 100 hari amirul pergi meninggalkan aku, pergi meninggalkan aku bersama kenangan2 yg tak mungkin akan berulang kembali, hanya tersimpan jauh disudut hati kecil ku.. kenangan bersama seorang adik yg selalu dihati aku yg keras ini.. keletah nya yg pendiam tp nakal selalu jer buat aku tersenyum.. aku mmg akrab ngan adik aku ni, mungkin jarang dapat bersama ngan dia untuk bersembang, dgr luahan rasa dia pasal kawan2 dia, kehidupan dia kat hostel, ntah kenapa hanya pada aku dia hendak bercerita, masa tu aku hanya mengangguk kepala sahaja atas bicaranya, pada aku tuturnya tiada makna, hanyalah sekadar luahan rasa mengenai perkara temeh dr seorang adik yg meningkat remaja, yelah aku pun dulu mcam tu jugak, duk hostel.. now.. suaranya lah yg paling aku rindu... tak sangka dia pergi meninggalkan aku secepat ini, ketika aku lum puas nak merasa kasihnya kepada aku..
amirul seorang yg kelakar, dia suka berkongsi duka dgn aku bila aku rasa ada yg tak kena, kata2nya sentiasa memberi semangat untuk aku terus tersenyum..
merenung kembali saat pemergiannya, pg 23/10/2010 aku menerima msg dr iqbal mengatakan ade satu kemalangan ditebuk marso, aku tak ambil kisah kerana menganggap kejadian itu hanyalah terjadi keatas org lain, namun dgn tak kusangka pada pukul 1 tgh hari aku mendapat msg dr azrin memberitahu bahawa Amirul kemalangan. setelah bertanya kepada kawan2 barulah aku tahu bahawa kemalangan yg diberitahu oleh iqbal pada pagi itu adelah amirul, ya Allah betapa pilunya hatiku bila dapat tahu yg adikku dah tiada, Kejadian berpunca bila motor yg amirul tunggang bersama sahabatnya Muazzam yg juga maut dalam kemalangan tersebut kemudian dilanggar oleh lori simen, Amirul mengalami cedera parah dipinggang dan maut disitu juga manakala sahabatnya sempat dibawa kehospital, Alhamdulillah Allah masih memelihara tubuh arwah dr cacat cela, semua sempurna ketika dimandikan... 
kini semuanya hanya tinggal memori belaka....memori yang tak mungkin terpadam atau terhakis dek masa...sudah menjadi hukum alam yang hidup akan pasti mati menemui penciptanya...persoalannya, sudahkah kita bersedia menemuiNYA? Tepuk dada, tanyalah iman kita....sekadar berkongsi rasa....
Hari ni genap 100 hari arwah pegi, aku harapkan semoga Amirul tenang disana dengan limpah dan rahmat dr Allah, aku doakan semoga Allah mengampunkan semua dosanya dn roh nya sentiasa bersama dgn mereka2 yg beramal soleh...
AL - FATIHAH
AMIRUL ASRAF

3 comments:

  1. allahuakbar....salam takziah dr ak...walaupon ianya telah lame brlalu...tp ingtlah teman...hidup msty d teruskan sebagai mana yg lain2...insyallah allah tempatkan diri adk mu d sisi orang2 yg soleh...insyallah..amin..

    ReplyDelete
  2. semoga arwah tenang disana.al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete