Thursday, April 7, 2011

dicelah2 kehidupan...

hari neh aku menemankan seorag kawan baik aku ke mahkamah syariah untuk berpisah dgn isterinya.. hmm sgt sedih aku tgk keadaan tu.. yelah bila si ibu sudah tidak ingin memikirkan keadaan si kecil.. kisah kasih sibapa berkorban nyawa... hmm sedih sgt aku melihat sikecil memanggil si ibu, namun hati si ibu yg kerasukan iblis agaknya memandang pun tidak ke arah si kecil.. mujur si ayah berjaya memujuk.. mmg pemandangn yg tidak akan aku lupakan sampai bila2.. yg tu hanya satu pengalaman yg aku kutip hari ini..
ntahlah.. munkin kelebihan aku untuk mendengar dan memberi nasihat2 kepada kawan yg hilang arah dalam perjalanan hidup menyebabkan aku menjadi tumpuan untuk mendengar masalah mereka, ntahlah mungkin agak senang untuk mereka meluahkan rasa mereka kat aku agaknya, jd dr situ bermacam2 lah ragam hidup yg aku temui.. wahh macam akak sri siantan kat mingguan malaysia tu pulak kannnnn..
walaupun aku masih bujang.. tapi pengalaman aku tinggal bersama mereka yg telah berkeluarga mematangkan aku agaknya... bukan dr segi hidup.. tp pemikiran aku... jd aku gunakan lah dr pengalaman2 tu untuk berkongsi dgn kawan2 yg bermasalah dgn rumah tgga mereka..
kebanyakan kawan aku yg berpisah kebanyakan nya berkahwin muda.. buat masa ni kawan2 yg sebaya aku dh terpaksa berpisah antaranya adi, zaki, ejal, razak, kamal.. itu yg aku tahu saje, tp lau ikutkan kawan aku yg tak seberapa ni.. bilangan itu sgt ramai....
yg kes hari ni adelah berpunca dr FB, bila seorag isteri terlalu galak berFB, maka seolah2 kerasukan iblis dia lupakan semua hal keluarganya.. ntahlah.. mohon dijauhkan...
antara lain bila tiada lagi sefahaman.. habislah.. biasanya masalah kewangan la yg diutarakan... hmm
tp yg aku paling sedih ngan kisah sikamal....
bila majlis bertandang ke pengantin perempuan... sikamal ni macam tak di layan je.... n bila majlis dirumah kamal lak... betul2 habis majlis si isteri dibawak balik oleh keluarganya.. hmmm n trus habis kat situ.. lau aku trus saman 70 juta ok.. !!! khabarnya si isteri adelah lesbian..
perkara2 tersebut makin buat aku takut untuk berumahtangga selagi tak betul2 bertemu dgn calon yg sesuai.. "aku tak lah mengharap si gadis sebaik khadijah kerana aku bukanlah sesempurna muhammad.."
tp cukuplah ia mampu membahagiakan aku.. n aku berharap aku betul2 dapat mengenali siapa bakal isteriku.. kerana lau tak kenal lah perkara2 begini yg bakal terjadi...
ya Allah, kau kirimkanlah kekasih kepadaku yg amat2 merinduimu dan nabimu Muhammad untukku, kiranya aku tak mampu untuk membimbingnya, kau jdkan lah ia peringatan untukku dikala aku lalai..

1 comment:

  1. Tepuk dada tanya Iman..bila nafsu menguasai diri, manusia ttba2 jadi lupa..tiada lagi belas kasih pada sikecil yg dikandungnya selama 9 bulan 10 hari tu..Sungguh kering hati si ibu kan??...Allah ada perancangan Adi..janji Allah, wanita2 yg baik itu hanya utk laki2 yg baik sahaja..dan begitulah sebaiknya..Allah tau wanita itu tidak layak untk bersama lelaki yg baik itu..

    ReplyDelete