Thursday, May 19, 2011

AKU DAN NURKASIH THE MOVIE…



Sedia maklum aku adelah peminat tegar nurkasih, tak penah miss sekali pun episodnya ketika the siries mula ditayangkan di tv3 2 tahun lepas, sedaya upaya aku takkan miss, teringat aku tgk episode last nya yg berjaya menggamit 2 juta penonton, masa tu aku ade kat kg aku pt buntar ade kenduri kawin, korg bayangkan umah kg, ngan tv kecik, pastu ngan lebih kurang 40 org pakcik makcik sepupu sepapat aku, hahahha janji puas n aku amat berpuas hati dgn episode akhir nurkasih the siries.. hehehe tamat imbas kembali..
Semalam pulak aku dah tgk nurkasih the movie pulak, ikutkan hati aku nak tgk midnight je, yelahkan sebagai die hard fan katanya, tp tak mampu la, pawagam kg aku yg paling dekat hanyalah kuala Selangor dan teluk intan yg makan masa setengah jam, baik aku g class dance je, badan pun sihat, hahhahaha, jd aku tgk la khamis semalam, so kira ye antara org pertama jugak la yg tgk kan..
Start je cerita adelah penceritaan kesedihan aidil yg kehilangan isterinya alya, konflik anak2nya si maryam (mia sara) dan ilyas.. ketika ni aidil Berjaya gak la wat aku sentap dgn babak dia menangis ditepi almari dan ketika maryam meminta izin aidil untuk tidur bersama nur amina, dan ilyas meminta izin untuk tidur dgn tok wan, dan dgn ilyas berdiri ditepi pintu bertanya “ kalau ilyas tido ngan tok wan, ayah nak tido ngan sapa”.. terus aku teringat si dia yg berada jauh dgn aku skang, camne la agaknya kalau dia betul2 pergi n xkembali.. adekah aku sekuat aidil… semoga tuhan pemudahkan…
Seketika kemudian ade berita gembira yg mengatakan nuramina mengandung, semua keluarga bergembira terutama adam, namun sekejap saje yg mana nur amina keguguran. Kemudian mereka mengambil keputusan untuk mengerjakan umrah, agak kelakar bila babak turun bas yg menunjukkan mereka berdoa bersyukur dpt menjejak tanah haram, tetapi latar belakang hanyalah istana keadilaan (mahkamah putrajaya) hahaha.. selepas mengerjakan umrah mereka melancong ke Jordan, masa nilah ade kemalangan keretapi yg menyebabkan cincin kahwin nuramina hilang. Selepas mereka selamat adam mengambil keputusan untuk kembali ketempat kejadian bg mencari cincin tersebut atas alas an cincin itu amat berharga kerana nur menerima kembali selepas adam menolak cincin tu, kat sinilah terjadi kemalangan dn menyebabkan adam hilang. Dalam pada itu juga diceritakan bagaimana alya meninggal dunia dilanggar kereta.
Selepas kehilangan adam, nur mencari adam dgn bantuan tentera, tp tak jumpa hingglah aidil muncul untuk membantu, dan kat sini lah dialog .. “nur takkan berhenti selagi nur tak bertemu suami nur”, bila bertemua ngan adam yg dijaga oleh keluarga arab kondisinya amat teruk, kerana kemalangan itu menyebabkan jantungnya tercedera. Jd mereka kembali kemalaysia, dan adam sudah tidak bersemangat untuk hidup… dlam pada tu ada berita gembira, nur amina mengandung untuk kali ke2.
Pastu konflik2 kecil adam nur amina seperti susah nak dpt job, nak jual umah, adam selalu sakit yg menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk balik kg. masa dikampung tulah adam diserang sakit jantung dan terus mendapat penderma jantung yg merupakan pelajar bimbingan adam dan aidil. Jd adam terselamat. Kemudian keluar watak nur dan aidil yg telah tua lakonan efida es dan rahim razali. Kemudian mereka berkumpul semula dirumah yg mana ilyas, maryam juga telah berkeluarga. N muncul watak zain yg merupakan anak nur amina.. habissssssss……


ULASAN PUAS HATI DAN TAK PUAS HATI.

Secara keseluruhannya nurkasih ok la untuk ditonton, Cuma ia tak lah mengujakan atau akan diperbualkan hingga 2-3 hari lepas kita keluar wayang. Sekadar movie yg biasa2 saje. Lau tgk seorang macam aku semalam ok la kot, tp bila bawak anak bini dah makan rm50 kalau ber5, dgn anak nak popcorn sorang2.. makan beratus tu modal nak tgk sebuah cerita “biasa”. Dalam pada biasa2 tu juga aku boleh mengatakan nurkasih ini lebih hebat dr cerita indon macam ayat2 cinta, ketika cinta bertasbih, mahupun cerita terbaru diatas mihrab cinta. Dr segi penceritaan, nurkasih masih mantap wlw agak terkejar2.
Yg aku tak puas hati pulak bila diakhirnya kenapa pulak ade watak NORMAN HAKIM (PERLU KERRRRRRRR ) aku lebih berpuas hati jika ketika mereka berkumpul tu… watak anak aidil ilyas dan maryam tu stil dipegang oleh fizz fairus n ayu raudah, pasti nya nur lebih tersentap bila melihat anak2 saudaranya lebih seiras mak n ayah mereka ketika muda, n babak terakhir bila nur tgk anak dia tu adala remy ishak@adam jugak, so aku rasa akan lebih terbekesan. Ni amik zain ruf8, tak sesuai langsung ok !! kat sudut tu la jugak aku kecewa kerana pelakonnya tah sape2 lagi si norman hakim tu, taklayak langsung….
JDNYA NURKASIH KALI INI ADALAH BIASA2 SAJA, tp masih boleh ditonton.. untuk mereka berjiwa lembut n hati taman sesuai kot.. aku hati batu lain sket.. hahahhaha selamat menonton.. !!!!!!!