Wednesday, October 5, 2011

lambaian kaabah

Berfikir....
Aku amat banyak kehilangan  sekarang ini... terbaru antara sahabat terbaik zaman sekolah  MOHD DZIKRI  MOHD ANUAR.. beliau pergi akibat demam panas yg melampau..  kadang2 aku cemburu dgn mereka yg ibarat sudah tahu bila tarikh mereka akan pergi.. sungguh beruntung dgn mereka yg dibukakan hijap dpt mengetahui bila ajal mereka... 
Sedikit perbualan bersama arwah..
                “rajin kau sembahyang sekarang dzik..?”
                “aku takut la di, apa2 terjadi kat aku,  pakcik aku lepas demam panas dia jd gila, aku takut
                Kalau aku mati aku xsedia”
Nampak kan..?? kita ni pulak bila masa senang... bila masa sihat mulalah lupa.. solat2 dipandang ringan je.. malah siap dipermainkan lagi kewajipan dgn jawapan nantilah, piyed lah, sedangkan bila2 masa je malaikat maut boleh datang menjemput... untunglah dgn mereka  yg bersedia nak berjumpa dgn Tuhannya... harap aku pun dikurniakan dgn kurniaan sebegitu.. zaman sahabat mereka semua merindui ujian Allah seperti sakit atau kesusahan.. tp zaman kita pulak bila dpt ujian mula la kata Allah itu tidak adil, tp Allah sedang bercakap dgn kita tentang ertinya SABAR...
Yalah. Kita ini manusia biasa. Kita pasti takkan senang hati jika ada orang bercakap tentang yang buruk-buruk tentang kita. Biarlah perbuatan kita itu, sudah ditukarkan nama sebagai kritikan membina, nasihat, atau teguran... berilah apa saja nama pun, hati kita tetap takkan mampu untuk positif secara keseluruhannya.

Kerana itulah sifat kita, sifat aku juga. Aku sendiri tidak meletakkan harapan yang mencecah awan. Aku juga tak menggambarkan apa yang aku tulis ini sebagai nasihat. Tetapi cukuplah untuk Allah tahu, aku mencuba belajar bersyukur atas suatu yang Allah beri kepadaku, yang mungkin belum Allah beri pada kalian. Dan sahabat, maaf... aku mungkin terlalu segan untuk berbicara tentang cinta dengan setiap daripada kalian, tapi tahulah... sungguh hatiku ikhlas mencintai kalian, kesemuanya! Cinta sesama lelaki, hakikatnya lebih jujur dan lebih berpetunjuk, asal saja Allah menjadi tempat di mana sauh kita dilepaskan.

No comments:

Post a Comment