Wednesday, April 27, 2011

BEBUDAK BARU NAK UP NI KAT FB

Anyway, Thanks to media jer kawanku yang buat post kali ni yang terboek! aku nih, kalau orang tu ade nasihat, bab2 pompuan yang suka melucah di arena jalan2 terbuka, aku pun nak turut serta ngan hang..Kalau bab2 laki nak membonceng motor preng sana, prreeeeng sini.. haiya.. aku pon nak joiin.. >.<

Hang nasihat, aku tolong promote sikit yaa, tapi aku nak promote pon, aku ambik tang mana yang best jelah. Yang kurang, biar dorang g kat link ko jelah..hahah Tapi aku rasa semua best..hihihi

Betul la bab kata media jer ni,Laki ngan pompuan same je 2x5.. mestilah spuluh!! grr... Papahal, faham2 la sendiri.. ni aku ambik tang mana yang best.. kau terasa, aku lagi terasa dol!.. Make a decission,u decide lah sendiri.
Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril
Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook ‘nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh’ Perosak bahasa sial.

Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit ‘celapong’ (celah ponggong a.k.a pungkoq)

Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali ‘kitew tengah berak..syuke syuke ^__^’

Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh ‘I am Lesbian’

Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih….bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib.

Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau (ini memang banyak sangat kat sekeliling aku nih)

Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like ‘eww she dont have style..yucks’ emang gud gud la kau

Pakai baju sikit lagi nak nampak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu… buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab ‘ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew’ nyampah siot

Alah, kau kata apa yang aku kata jelah.. kau terasa, padan muka la kau.. But the way is, that the truth walau aku kadang2 terkena tempelang nye sikit.. sikit je ok..! sikit je..heheh

Oh! yang aku wat kaler unggu, itu hottt doo~! Yang tulisan tebal2 lak, itu paling aku menciii dddoooo! :p Kita orang melayu, biar lah bersopan bagi yang XXXX seksi tu..huhuhu peace!

Tuesday, April 19, 2011

MAT REMPIT BERSATU LAH...

Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempiT

Ujung minggu lalu saya ke Pulau Pinang. Ketika ingin pulang kami menyisir di jalan lama untuk singgah ke Port Weld. Saya ingin merasa mee udang yang terdengar bising ketika heboh heboh di Bukit Gantang. 

Tak ada apa-apa – mee udang ini jauh tangan dari peha.

Kemudian kami memotong ke Kuala Kangsar – pekan yang amat saya kenali. Kami berhenti untuk secawan kopi pahit di Double Lion. Roti bakarnya dengan kaya kampong masih baik. Kopinya tidak merosot tapi tidak akan menjadi pilihan utama.

Dari Kuala Kangsar kami melencong ke jalan lama menuju Selama. Jalan indah melintasi kampong, dusun, getah dan belukar. Saya tidak lagi marah dengar belukar kerana belukar juga adalah rumah serangga dan pelbagai hidupan. Belukar juga membersihkan udara kotor hasil dari asap kereta. Kalau tidak ada belukar dimana biawak akan hidup.

Di pertenghan jalan kami terserempak dengan beberapa buah kereta. Jalan yang kecil memaksa kami berbontot-bontot. Tetiba satu kumpulan Mat Rempit – berbelas orang – melintasi kami. Anak anak muda ini – langsing, ranggi dan cool. 

Mereka mencelok kiri dan mencelok kanan untuk memotong kereta yang sedang beratur. Mereka cukup berani. Saya kagum melihat keberanian mereka. Sekelip mata mereka memintas dan meninggalkan kami.

Lima minit kemudian saya ternampak seorang Mat Rempit tercampak ke tebing kanan jalan. Motosikalnya terhumban ke dalam longkang yang dipenuhi rumput dan belukar. Dua orang kawan sampai tetapi masih di atas motor sampai. Ini solidariti Mat Rempit. 

Motosikal barunya terbalik. Saya nampak anak muda ini terduduk dalam longkang. Mungkin tidak cedera. Kereta kami meninggalkan mereka.

Teman yang memandu hairan kenapa Mat Rempit tidak takut dengan kemalangan ?

Lalu saya menjawab :

Mereka tidak takut kerana mereka muda. Inilah sifat anak muda berani mencuba dan berani melawan arus.

Semua pencipta dalam dunia ini adalah anak muda. Kerana kemudaan mereka berani melanggar hukum. Zaman Pencerahaan dahulu di buka dan diteroka oleh anak muda. Ibu Battuta mengembara untuk mengisi zaman mudanya. Marco Polo berjalan ketika dia masih muda. Iskandar Zulkarnain sampai ke India ketika dia masih muda.

John Lennon, Picasso, Beethoven – semua berkarya di zaman muda. Mereka mengindahkan dunia.

Mat Rempit berani kerana dunia di hadapan masih luas terbentang. Sakit, mati, maut atau kecederaan tidak pernah menjadi perhitungan anak muda. Hanya orang tua yang takut mencuba yang baru.

Mat Rempit ini tidak memikir apa-apa. Dia mungkin dari kampong - dari Felda – mungkin anak ketiga atau ke tujuh. Kalau di kota dia tinggal di kawasan padat lagi sempit – seperti Pantai Dalam dan Kerinchi. Ayahnya mungkin telah kahwin lagi. Dia mendapat entah apa apa dari sekolah. SPM atau pebagai haram jadah pepereksaan itu hanya menyusahkan hidup mereka.

Dia melihat tanah-tanah padang di kawasan mereka diambil alih oleh pemaju perumahan. Padang bola mereka di ambil untuk mendirikan kondo mewah. Hutan hutan disekeliling habis dicunggah oleh pemaju tanah. Kalau keluarga mereka peneroka miskin dalam kota – mereka akan dihalau jauh ke luar kota. Tanah ibu bapa mereka dirampas untuk rumah rumah mewah. Mereka melihat - jika ada sahaja tanah kosong semuanya terjual. Dalam kota - ada sahaja tanah kosong akan disembah untuk dijadikan tempat letak kereta. 

Kalau mereka meminati bola – taiko judi akan masuk campur. Permainan bola mereka akan diolah oleh towkay judi. Apa sahaja sukan mereka minati towkay judi dan para pengiklan akan masuk. Mereka hanya kuli batak. Kegembiraan untuk merayakan kehidupan akan digunakan oleh orang lain utuk membuat kaya. 

Kalau ada persatuan ditubuhkan tiba-tiba ada peresmian. Tetiba mereka kena pakai baju batik. Paling tidak cool. Paling belia. Mereka tidak mahu menjadi ‘ belia bergerak maju’. Mereka tidak mahu menjadi Mat Skema. Mereka tidak mahu menjadi Mat Jiwang. Mereka menhamapehkan semua bentuk ‘rakan’. Kempen rakan muda yang lalu hanya tipu helah syarikat iklan untuk mendapatkan 84 juta ringgit duit rakyat. 

Kalau dalam persatuan semuanya kena tunduk kepada orang tua. Pemimpin persatuan tidak cool – ada kepala botak, ada perut gendut dan yang tidak boleh tahan ialah memakai baju batik lengan panjang – paling cabuk rupanya. Ada resmi-resmi. Ada duduk duduk mendengar politikus berucap. Mana boleh drinya Mat Rempit - anak muda cool duduk dengar politikus – semua ini budaya orang tua – budaya bodek.

Jika mereka ingin membuat sesuatu yang mereka suka – pasti akan di larang. Ini tak boleh itu tak boleh. Berapa ratus ribu larangan telah wujud. Ada larangan dari agama. Ada larangan dari adat. Ada larangan dari orang tua. Ada larangan dari politikus. Ada sahaja larangan yang menyusahkan hidup mereka.

Berendut di taman di ganggu pegawai ‘lampu picit’. Silap-silap ditangkap khalwat. Kalau hendak lepas kena sorong duit kopi. Pergi ke kelab harga mahal. Kalau ada duit masuk ke kelab ada pulak kes kena minum air kencing. Nak tengok konsert Pemuda Pas melarang. Pelbagai fatwa dan fatwi sampai.

Tak kan nak melancap pagi petang. Tercabut kontol. Lalu mereka merempit untuk merayakan kehidupan.

Mat Rempit ini bukan dari Universiti Oxford atau Tokyo Universiti. Kenapa mereka perlu memikirkan masa depan. Masa depan mereka tidak ada apa apa. Mereka tidak ambil pot tentang bursa saham. Mereka tidak ada saham. Mereka tidak hiraukan seribu satu macam kempen yang mereka anggap menyusahkan hidup mereka. Mereka mahu hidup dan merayakan kehidupan. Mereka seronok merempit.

Yang ada – yang hakiki dan yang wujud ialah sebuah motosikal. Motosikal adalah tanda kebebasan. Bila anak muda bertemu dengan injin motorsikal semua kemungkinan berlaku. Mereka tahu nikmat zen bergerak bebas. Motosikal adalah tanda kebebasan mereka.

Wahai orang- orang tua : 

Jangan pura-pura buat tidak sedar – bukankah orang tua yang menjadi towkay motosikal. Bukankah orang tua yang amat suka anak anak muda ini kerana mereka membeli motosikal. Tuan pemilik syarikat motosikal amat gembira dengan Mat Rempit.

Jangan pura-pura buat tidak sedar bukankah F1 itu adalah daya tarikan untuk berlumba-lumba. Jangan pura pura buat tak sedar – bukan kah orang tua yang sengaja menganak tirikan pengakutan awam. Ini agar warga membeli kereta dan anak muda membeli motosikal. 

Jangan pura pura buat terperanjat apabila melihat Mat Rempit membuat aksi di jalan raya. Ini bukan pekara baru. Sebuah motosikal dinaiki oleh 15 orang ini bukan satu yang baru dilihat – ini bukan ciptaan Mat Rempit. Apakah orang tua terlupa kepada Tatoo? 

Kenapa saban hari Mat Rempit di serang? 

Ini kerana mereka adalah gulungan yang paling lemah dalam masyrakat kita. Gulungan yang lemah ini selalu di serang, dikutuk dan di fatwa fatwikan. Kalau tidak Mat Rempit -Mat Black Metal, kalau tidak Mat Black Metal - Mat Lembut, kalau tak Mat Lembut -Mat Rock. Orang tua cukup senang untuk menyerang orang yang lemah.

Kenapa media tidak berkempen untuk terus bertanya kemana perginya P Balasubramaniam? Atau terus menulis tentang apa jadinya dengan pembunuh Norita? Atau media bertanya - siapa punya kelentong hinggakan projek pelabuhan Klang kena kemut 6 bilion ringgit? Berapa banyak lagi duit dalam dana Petronas? Berapa belanja membuat Putrajaya? Kenapa banguan lama Dewan Bahasa dan Pustaka jadi tong sampah? Berapa bilik masih kosong dalam bangunan Berkembar Petronas ? Berapa ramai penyewa Daya Bumi ? Inilah soalan yang membina negara bangsa.

Media wajib bertanya - Siapa towkay penjual motosikal ini ? 

Kenapa tidak dibuat sistem pengakutan awam yang lumayan - kemudian naikkan harga kereta dan motosikal macam cara yang dibuat untuk kempen anti rokok. Kenapa di setiap motosikal tidak dibubuh gambar mayat, tengkorak, kaki tercabut – macam di kotak rokok. Kenapa tidak ditutup sahaja kilang membuat motosikal. Apakah media tidak berani kerana takut dengan bos atau takut kaum kapitalis marah. Lalu – yang senang mengutuk Mat Rempit.

Kerana kutukan datang bertalu datang kepada Mat Rempit maka semua ini menjadikan saya bersimpati. Saya bersimpati dengan sesiapa sahaja yang ditindas. Saya bersimpati dengan Mat Rempit. Saya bersimpati dengan anak muda kerana saya juga pernah muda dahulu. Semua orang tua – kaki kutuk ini - pada satu ketika dahulu mereka juga muda. Tetapi mungkin ada juga orang muda yang telah dituakan lebih awal lagi – mereka ini Mat Skema – Mat Baju Batik Lengan Panjang. Poyo.

Anak muda wajib hidup dengan kemudaan mereka. Anak muda pencipta alam. Hanya orang tua dan anak muda yang telah dituakan yang selalu potong stim. Akhirnya dunia ini adalah milik anak muda. Mat Rempit bersatulah


CREDIT TO....

apa ada hal.™



Thursday, April 7, 2011

dicelah2 kehidupan...

hari neh aku menemankan seorag kawan baik aku ke mahkamah syariah untuk berpisah dgn isterinya.. hmm sgt sedih aku tgk keadaan tu.. yelah bila si ibu sudah tidak ingin memikirkan keadaan si kecil.. kisah kasih sibapa berkorban nyawa... hmm sedih sgt aku melihat sikecil memanggil si ibu, namun hati si ibu yg kerasukan iblis agaknya memandang pun tidak ke arah si kecil.. mujur si ayah berjaya memujuk.. mmg pemandangn yg tidak akan aku lupakan sampai bila2.. yg tu hanya satu pengalaman yg aku kutip hari ini..
ntahlah.. munkin kelebihan aku untuk mendengar dan memberi nasihat2 kepada kawan yg hilang arah dalam perjalanan hidup menyebabkan aku menjadi tumpuan untuk mendengar masalah mereka, ntahlah mungkin agak senang untuk mereka meluahkan rasa mereka kat aku agaknya, jd dr situ bermacam2 lah ragam hidup yg aku temui.. wahh macam akak sri siantan kat mingguan malaysia tu pulak kannnnn..
walaupun aku masih bujang.. tapi pengalaman aku tinggal bersama mereka yg telah berkeluarga mematangkan aku agaknya... bukan dr segi hidup.. tp pemikiran aku... jd aku gunakan lah dr pengalaman2 tu untuk berkongsi dgn kawan2 yg bermasalah dgn rumah tgga mereka..
kebanyakan kawan aku yg berpisah kebanyakan nya berkahwin muda.. buat masa ni kawan2 yg sebaya aku dh terpaksa berpisah antaranya adi, zaki, ejal, razak, kamal.. itu yg aku tahu saje, tp lau ikutkan kawan aku yg tak seberapa ni.. bilangan itu sgt ramai....
yg kes hari ni adelah berpunca dr FB, bila seorag isteri terlalu galak berFB, maka seolah2 kerasukan iblis dia lupakan semua hal keluarganya.. ntahlah.. mohon dijauhkan...
antara lain bila tiada lagi sefahaman.. habislah.. biasanya masalah kewangan la yg diutarakan... hmm
tp yg aku paling sedih ngan kisah sikamal....
bila majlis bertandang ke pengantin perempuan... sikamal ni macam tak di layan je.... n bila majlis dirumah kamal lak... betul2 habis majlis si isteri dibawak balik oleh keluarganya.. hmmm n trus habis kat situ.. lau aku trus saman 70 juta ok.. !!! khabarnya si isteri adelah lesbian..
perkara2 tersebut makin buat aku takut untuk berumahtangga selagi tak betul2 bertemu dgn calon yg sesuai.. "aku tak lah mengharap si gadis sebaik khadijah kerana aku bukanlah sesempurna muhammad.."
tp cukuplah ia mampu membahagiakan aku.. n aku berharap aku betul2 dapat mengenali siapa bakal isteriku.. kerana lau tak kenal lah perkara2 begini yg bakal terjadi...
ya Allah, kau kirimkanlah kekasih kepadaku yg amat2 merinduimu dan nabimu Muhammad untukku, kiranya aku tak mampu untuk membimbingnya, kau jdkan lah ia peringatan untukku dikala aku lalai..