Wednesday, March 30, 2011

melodi..!!!!

hujung minggu ni kiranya ade dua event yg agak kira besar la pada pandangan mata aku... satu of coz la ABPBH   ahad ni, pastu sabtunya plak ade konsert tirai akademi fantasia.. hahahaha layan lagi AF kannnnn.. biasala season last.. pasneh dh takde.. so tgk je la...
tp yg paling ditunggu mestilah ABPBH.. yg aku buat jd best bila ade anugerah2 ni, aku ngan kawan aku si syukri n sorang lagi si eery akan wat jugak ulasan live kat fb...hahaha ase best gila bila dapat buat camtu, nak pulak bila ade ramai yg follow n teruja ngan status kitaorg.. biasala bila event camtu mesti ader je yg tak kena kat mata kitaorg kan.. hahahha mesti nak lawan n nak mengata.. best tol bila dpt wat camtu... hikhikhik.. so tggulah sabtu n ahad ni ye.. hahahaha

Tuesday, March 22, 2011

saje2 nak mengata...

       hari sabtu yg lepas aku ke putrajaya umah rahman.. cam besa la.. memnuhi tuntutan untuk bersosial katanya.. hahhaha so malam tu aku n dua org kawan merancang2 untuk ke telawi bangsar untuk lepak2 minum2 n bertukar2 cerita.. macam biasa la sebelum keluar tu kena la bergaduh nak suruh masing2 keluar on time.. jap lagi jumpa nak bergaduh makan kat mana plak.. dh sampai tpt makan tu.. harus begaduh nak makan apa pulak kan.. dah mmg dr zaman sekolah masing2 macam tu... hahaha
      bila dah sampai bangsar, kami memilih untuk lepak kat restoran chawan, tp pusing punya pusing tak dapat parking.. hahaha moralnya, wlw ko naik skyline skalipon.. jgn harap sgt korang nak dpt parking kat bangsar malam2 minggu camtu.. hahahhaa n aku bertuah jugak la bila dpt menumpang skyline sepupu aku malam tu.. hahahaha bila dah susah sgt nak parking kami mengambil keputusan untuk makan di salah satu restoran terkenal kuala lumpur ni.. RESTORAN TUPAI TUPAI yg taglinenya rimba ditengah bandaraya... hahahaha sgt hebat aku rasakan untuk org yg dtg dr kg macam aku ni..
      dgn deconya ala2 pontianak harum sundal malam tu (lansir putih disana sini) aku rasa macam kaku jer ditgh kebisingan.. aku order kewtiau goreng n kiwi jus jer coz kami amek set steambot... masa air sampai aku dh rasa ek eleeeee restoran ni.. waiter dia bawak gelas tinggi tu sekali 3 pakai tgn jer.. hellooo ni restoran 1st class kan.. TAKDE DULANG KEEEE !!! bila nak minum tu plak aku tgk just kiwi yg aku order hanyalah air yg pakai kordial kiwi... hellooooo tak payah la ko tulis jus kat menu tu kalau ko just pakai kordial je.. harga rm7.90 tu aku ase boleh baik aku beli kordial kiwi sendiri n mandikan tokeh restoran tu... kewtiau yg aku order tu plak asenya bias2 jer.. mujo ade amik steambot tu.. tidak hmmmmm
     pastu pulak ade satu section yg khas untuk pelanggan makan secara bersila... n sebelum masuk section tu ade tulis SILA TANGGALKAN KASUT... tp bila org yg makan kat section tu balik.. staf dia kemas ade la 2-3 org.. tp yg best semua tak tanggal kasut.. hahaha dok pijak2 lantai makan kat situ.. pastu next custemer masuk makan la bersila n berhidang kat situ td.. lau macam tu baik makan bersila kat parking tayah lapik apa2 kan... pa punya restoran la.... xde amik kursus hospitaliti ke managemen dia.. belom lagi staf indon yg berlaga2 pipi depan aku.. ini macam restoran pun ade ke..
     sesungguhnya aku rasa sungguh2 tak berbaloi dgn duit yg aku makan kat situ, bek aku makan kat kedai siam kg baru je,, macam3 ade.. kiranya situ la 1st n last aku jejakkan kaki kesitu.. pasni kedai2 siam kg baru ttp pilihan hati aku.. ader desert nangka, askrim tapai... abe2 siam tu pun hensem.. hahahhahaha

SIDIA YG PERNAH SINGGAH DIHATI..

UNTUK AWAK YG PERNAH SAYA SAYANG...
ASSALAMUALAIKUM AWAK..
                sorry sya selalu mengganggu awak
                saya tahu apa yg saya lakukan ini
                takkan mengambalikan hati awak kepada saya
                seperti dulu.. Cuma sebelum itu..
                LIHAT LAH DULU INI SAJA PERMINTAAN TERAKHIR SAYA..
Beri saya peluang meluahkan apa yg terpendam
Agar saya tenang dan dpt merelakan awak pergi
Semuanya bermula disini’
Malam itu awak melamar sya menjadi kekasih awak
Saya sgt gembira awak.. dah lama saya menanti.. masa tu kita sama2 tgh tgk cerita ADAMAYA ..
Tapi mengapa sekarang..??
Sejak awak berpindah ke tempat baru..
Awak semakin jauh dr saya..
Awak dh kurang call saya
Awak jrg sgt sms saya
Saya tunggu dr pagi sampai malam
Seharian awak takde
Saya risau..
Saya msg.. saya call..
Tapi awak tak jawap..
Dan begitulah hari seterusnya..
Awak menghilangkan diri tanpa sebab
Tiba2 nombor awak tidak dapat lagi dihubungi
Saya Tanya kawan awak.. rupanya awak dh tukar nombor
Mengapa tak beritahu saya..
Sedangkan awak tahu saya mesti mencari awak..
Akhirnya awak jawap juga awak sibuk dgn kerja
Ok.. saya tunggu.. saya cuba memahami awak dgn baik
Tapi makin hari makin lain..
Kalau sibuk dgn kerja kenapa awak ada masa melepak dgn kawan2..
Kalau sibuk kerja kenapa awak ada masa chatting dgn kawan2 awak..?
Itu xpa lagi, tapi kawan sekerja awak bagitahu mereka taklah sesibuk macam yg awak cakapkan tu..
Saya bukan nak mengongkong awak
Tapi ketara sangat.. wlau awak cakap tak..
Tapi awak dah berubah..
Dan makin ramai kawan FB yg awak add
Lepas tu saya tgk awak ada kawan baru dr FB
Awak Nampak mesra.. asyik beri msg kat FB
Awak tahu ke siapa tu..?
Lepas itu awak jarang komen yg baik baik kat saya
Awak asyik nak marah saja
Semua yg saya buat tak pernah kena dimata awak
Mungkin awak penat kot..
Saya redha awak.. tapi bila saya nak jumpa awak.. macam2 alasan awak
Sedangkan saya tgk awak sanggup ambik kawan2 awak..
Ada rakan awak bagitahu awak cakap NO KOMEN pada hubungan kita
Awak cakap saya ni BF awak yg dulu2
Tak tahu la awak ingat ke tak..
Kenapa awak cakap macam tu..?
Kalau lah ia benar.. apa maksud awak bawa saya jumpa family sebelum ni..?
Macam mana dgn janji awak sebelum ni..
Masih banyak yg belum tertunai disini..
Namun saya cuba berfikiran positif
Saya nak bawa berbincang
Daan saya call awaak lagi..
Lau dapat cakap pun cakap kejap2 je..
Awak sentiasa larikan diri dr becakap dgn saya
Saya bingung.. napa awak buat ni semua
Apa slah saya
Sudah saya cakap baanyak kali
Ada masalah kita kongsi bersama
Tapi awak enggan beritahu
Atau sebenarnya awak malu couple dgn saya..
Sebab saya ni tak standing dgn kawan2 awak..?
Saya keliru kerana sgt kecewa
Saya sunyi.. saya sorang sorang.. saya diabaikan
Awak xpeduli langsung
Satu hari awak marah sangat2 kat sya.. kononnya saya yg CURANG
Banyak sgt kawan kat fb saya..
Padahal mereka semua kawan baik saya..
Kawan sekelas.. malah ada yg awak kenal
Mengapa ni awak..
Adakah awak mencari alasan supaya hubungan ini diputuskan..?
Mencari alas an supaya dapat slahkan sya dlm hubungan ini..?
Awak lupa ke kenangan kita dulu
Saya selalu temankan awak bila awak susah, bila awak sakit,bila awak minta tolong..?
Dulu awak seorang yg penyayang, selalu ambil berat pasal saya
Sekarang awak paham kan.. kenapa saya cakap..?
Saya nak awak yg dulu..
Bukan saya nak cr salah sapa2
Bukan saya nak ungkit apa2
Saya nak baiki hubungan
Agar awak kembali kepada saya
Saya SAYANG awak, itu yg perlu awak tahu
Kadang2 saya terpikir. Apa puncanya hubungan kita retak sebegini
Apakah kerana kita tggal berjauhan?
Dan menyebabkan awak boring, xde teman, macam yg awak cakap kat sya
Benarkah..? apa yg menyebabkan awak jd begitu..?
Perlukah saya melupakan awak..?
Mcm kata org HIDUP PERLU DITERUSKAN
Tapi macam mana saya nak teruskan jika impian saya yg lepas itu adalah impian masa hadapan saya..?
Saya terpaksa terima kenyataan
Awak pergi tggalkan saya
Dalam keadaan tertanya..?
Saya masih disini, tak tahu menanti apa
Saya tetp setia pada yg satu..
Hanya Allah dpt membaca hati saya ni..
Wlw awak tak percaya wlaw awak cakap..
Semua lelaki adalah sama
Biarpun tanggapan awak beitu dan selalu tuduh saya yg bukan bukan
Ketahuilah.. saya tak pernah nak membenci awak
Saya doakan awak dimurahkan rezeki lagi
Dapat membeli VIOS idaman awak tu
Seperti awak dapat mencapai cita2 awak waktu ini kan..
Halalkan apa yg pernah saya minta
Maafkan segala kesalahan saya yg dulu
Maafkan juga saya gagal membahagiakan awak
Saya tak sempurna macam yg awak inginkan
Walau bagaimana pun.. terima kasih kerana menjadi sebahagian dr hidup saya yg dulu

Monday, March 14, 2011

SEMASA AKU KECIL...


HAHAHA sori la aku xde kowt gambar masa kecik.. so aku pun pakai la gambar ni.. korang anggap la baby ni aku.. comelnya sama cam aku gak kan..?? hahaha terkenang dulu2.. aku ni dikategorikan sebagai boy yg cute.. lau g kenduri tu.. semua nak cubit2 or cium aku.. sampai la skang.. hahaha ngan pesen rambut belah tepi yg akan kekal dr jam 7 pagi aku ke sekolah hinggalah ke pukul 1 tghhari.. rambut tu akan kekal camtu.. giler kentang.. hahahaha tula.. wlwpun masa kecik lagi.. dah ase kepuasan bila didampingi oleh gadis2 yg hot yg berebut tuk dukung aku.. hahaha bukan nak riak la.. tetibe rasa angkuh menyelubungi diri..

dulu bila ke pekan follow abah naik c70 dia.. rasa best gila woo.. yelah masa tu la aku akan dapat makan sup ayam n teh beng (teh ais) hahaha time tu lau g sg besar je br dapat makanan tu.. lau tak jgn harap la.. padahal mak aku leh je buatkan... kehkeh n mestila g emporium fajar.. haa bila g situ mestilah port jual mainan yg jd kegemaran aku..namun skang neh aku ase tpt2 section macam tu macam loji najis je bila anak2 sedara aku merengek2 nak mainan.. hahahaha masa tu plak aku harusla suka mainan yg besar2 n mahal2 macam kapal korek ke.. lori trela ke.. ataupun keta kon trol.. yg malang abah tak penannya nak sependapat dgn aku.. haiyaaaa...


Pernah sekali aku mintak mainan patung penguin... Horny melihatnya... Besar gila... Harga pun gila... Tapi jawapan tipikal orang dewasa mesti "alah... kan dah banyak kat rumah!!", "haa... nak kene babap??"

Aku menjadi bengang walaupun taktaw babap tu apa... Papepun aku nak jugak patung tu... 'By hook or by crook' bak kata sahabat tadika aku... Aku memberontak seperti kanak-kanak normal yang lain... Menggelupur tak pasal dan menangis kuat-kuat sebagai tanda kurang kasih sayang... Ramai orang awam memandang famili aku... Aku puas hati... Abah aku hanya mampu diam sambil membuat muka mahu campak aku ke lubang najis... 

Aku teruskan menangis sambil sepah-sepahkan mainan kat situ... Keadaan mula jadi tak terkawal... Aku mula terpengaruh dengan gaya menangis jiranku... Dia memang otai satu taman bab-bab menangis ni... 





Sekali abah aku datang kat aku... Walaupun takut dipiat telinga dan dicubit, aku teruskan jua menangis... Dengan perlahan, beliau cakap kat aku,
 "kalau nangis lagi, abah taknak belikan baju Keluangman kat adi"

Aku terkesima dan terus diam... Aku berhenti nangis dan kembali ke pangkuan jalan... Balik rumah, abah aku belikan CD Doremon ngan Ding Dang... 
Aku terus lalai dan lupa segala-galanya... 


sampai sekarang aku tak paham.. tah bila tah yg aku suka keluangman tu.. hahahahaha

Wednesday, March 9, 2011

bertemu dan berjauhan

sekarang aku amat2 bercelaru bila ade seorg adik yg menjauhkan dirinya dr aku tanpa aku ketahui kenapa, namun dia telah mengatakan supaya jgn risau n dia tahu menjaga diri, aku harapkan jika dia berhadapan masalah dia mampu untuk menghadapi tanpa bantuan abg seorang ini, aku percaya dia dah dewasa untuk berhadapan apa yg kita panggil hidup.. mungkin masa ni dia perlu berjauhan dr aku.. aku bagi lah dia masa, cuma jgn lah terlalu lama hingga merenggangkan hubungan yg dah dibina lama..
namun dalam berjauhan tu Allah telah menemukan aku dgn seorang sahabat..
nilah dia yg aku maksudkan.. walaupun sebelum mengenalinya aku rasa dia biasa je, tp bila dah duduk semeja terlalu banyak rupanya yg dia ketahui.. macam2 yg kami perbualkan termasuk dr zaman nabi noh hinggalah ke zaman uthmaniah... bicara tentang hukum, dan semestinya arena politik.... inilah sahabat yg aku maksudkan yg bersalaman dgn aku hingga 2x kat masjid maamuriah tu.. insha Allah aku akan gunakan ilmunya untuk memantapkan ilmu aku, semoga selepas ini akan ade lagi perkongsian dan perdebatan hebat dr dia...

sahabat2 lain juga tak pernah aku lupakan, terlalu ramai yg menggembirakan aku, tak pernah sunyi hidup aku... cuma sesekali tu adelah sunyi didalam bising... yela, kadang2 kita perlu bersedih n bersunyi untuk mengelakkan hati kita menjadi MATI, terima kasih aku ucapkan kepada  semua yg slalu amik tahu post aku.. semua wat aku senyum bila baca..

Saturday, March 5, 2011

I JUST LOST A BROTHER.. AMIRUL ASRAF




ashraf,ana asif andai ade prlakuan yg mnyakitkan hati..smoga rohmu sntisa diccuri rhmat-NYa dan dtmpatkan brsama org yg soleh..ameen



alhamdulillah jenazah telah lancar disempurnakan dan selamat dikebumikan jam 6 ptg,, semoga adikku ini tenang disana bersama2 mereka yg beramal soleh.. Abg akan sentiasa rindu dik -al fatihah-



semoga roh bro acap ditematkan bersama-sama org yg beriman....lepas nie dah takde yang nak pggl sy " mak cik "



Miss u Ashraf.
Aku akan doakn mup stiap hry



.Fatini Al-Zahra
takziah kpd arwah ashraf yg telah kembali kerahmatullah .. semoga roh mu ditempat kan di para syuhadah dan solihin . AMIN
Smoge kau tenang dsane.




saya x kan dapat usik kamu lagi...xkan dpt tgk gaya songkok yang senget...segala2nya tinggal kenangan...tp saya redha..ini ketentuan Allah..Allah lebih menyayangi dirimu...



‎26/10/10...pukul 7.30pg...saya melangkah masuk ke kelas 5 sina...saya masih berharap akan ada wajah acap n caca di dlm kelas..tp seharusnya saya sedar..harapan saya hnya tinggal harapan...dirimu sudah jauh pergi meninggalkan saya n warga ulum.cikgu sayang kamu...cikgu dah maafkan segala kenakalan kamu...dirimu sentiasa diingati...





Cap..rndu d0wh kt k0..da lme ak xkne usik ngn k0..lame ak xpggl k0 kude..arap k0 tenang d sne k cap..al fatihah...









PEMERGIAN...

GENAP 100 HARI.

Hari ni genap lah 100 hari amirul pergi meninggalkan aku, pergi meninggalkan aku bersama kenangan2 yg tak mungkin akan berulang kembali, hanya tersimpan jauh disudut hati kecil ku.. kenangan bersama seorang adik yg selalu dihati aku yg keras ini.. keletah nya yg pendiam tp nakal selalu jer buat aku tersenyum.. aku mmg akrab ngan adik aku ni, mungkin jarang dapat bersama ngan dia untuk bersembang, dgr luahan rasa dia pasal kawan2 dia, kehidupan dia kat hostel, ntah kenapa hanya pada aku dia hendak bercerita, masa tu aku hanya mengangguk kepala sahaja atas bicaranya, pada aku tuturnya tiada makna, hanyalah sekadar luahan rasa mengenai perkara temeh dr seorang adik yg meningkat remaja, yelah aku pun dulu mcam tu jugak, duk hostel.. now.. suaranya lah yg paling aku rindu... tak sangka dia pergi meninggalkan aku secepat ini, ketika aku lum puas nak merasa kasihnya kepada aku..
amirul seorang yg kelakar, dia suka berkongsi duka dgn aku bila aku rasa ada yg tak kena, kata2nya sentiasa memberi semangat untuk aku terus tersenyum..
merenung kembali saat pemergiannya, pg 23/10/2010 aku menerima msg dr iqbal mengatakan ade satu kemalangan ditebuk marso, aku tak ambil kisah kerana menganggap kejadian itu hanyalah terjadi keatas org lain, namun dgn tak kusangka pada pukul 1 tgh hari aku mendapat msg dr azrin memberitahu bahawa Amirul kemalangan. setelah bertanya kepada kawan2 barulah aku tahu bahawa kemalangan yg diberitahu oleh iqbal pada pagi itu adelah amirul, ya Allah betapa pilunya hatiku bila dapat tahu yg adikku dah tiada, Kejadian berpunca bila motor yg amirul tunggang bersama sahabatnya Muazzam yg juga maut dalam kemalangan tersebut kemudian dilanggar oleh lori simen, Amirul mengalami cedera parah dipinggang dan maut disitu juga manakala sahabatnya sempat dibawa kehospital, Alhamdulillah Allah masih memelihara tubuh arwah dr cacat cela, semua sempurna ketika dimandikan... 
kini semuanya hanya tinggal memori belaka....memori yang tak mungkin terpadam atau terhakis dek masa...sudah menjadi hukum alam yang hidup akan pasti mati menemui penciptanya...persoalannya, sudahkah kita bersedia menemuiNYA? Tepuk dada, tanyalah iman kita....sekadar berkongsi rasa....
Hari ni genap 100 hari arwah pegi, aku harapkan semoga Amirul tenang disana dengan limpah dan rahmat dr Allah, aku doakan semoga Allah mengampunkan semua dosanya dn roh nya sentiasa bersama dgn mereka2 yg beramal soleh...
AL - FATIHAH
AMIRUL ASRAF

kita ada lah cermin diri kita

Mungkin kita sering merasa bahwa orang lain lebih beruntung daripada kita. Atau setidaknya, kita berpendapat bahwa hidup orang lebih menarik, mereka mendapatkan apa yang mereka inginkan. Mereka tidak memiliki masalah yang kita miliki. Mereka bahagia akan hidup mereka, sedangkan kita terjebak dengan rutin yang itu saja. Merasa hidup kita polos tanpa makna, berjalan tanpa erti. Kita pun berangan jadi orang lain.

Kita lupa tujuan cermin diciptakan.

Blog ini adalah cermin bagi aku. aku mengamati, berfikir, dan menulis apa yang terjadi dengan hidup aku di sini. Tujuannya sederhana. Ketika membacanya semula, aku tersenyum dan tersedar bahwa hidup aku juga mengasyikkan dan aku bersyukur atas semua itu. Hidup kita terlalu berharga untuk tidak ditulis.

Friday, March 4, 2011

MUSAFIR

SALAM..
 hahahaha lama sudah aku tak update blog ni.. bersawang la.. sarang tetangkut la.. tau tetangkut..? alah yg buat sarang pakai tanah tu.. pantang ade lubang je mula la dia angkut tanah nak buat sarang..tp entry aku kali ni bukan pasal tetangkut tu.. 
okey 3 minggu berturut turut ni aku g awal untuk ke upsi setelah kena marah pasal asyik masuk klas lambat, jd aku mula bermusafir sebelum solat jumaat, sebelum pukul 12 aku akan bergerak dgn jentera jiwa kelajuan aku yg sgt setia memberi khidmat.. kadang2 tumpang kawan aku jer hahahahaha
oke.. so solat jumaat aku adelah dlam perjalananan ke upsi itu... minggu pertama aku bersolat di masjid GEDANGSA, minggu kedua aku bersolat di Belia Dua, dan minggu ini aku bersolat di ... (lupa nama) hahaha alah yg adew kem PLKN tu.. sebelum selisik.. so disetiap masjid ni tak lupa aku berdoa untuk ibubapa ku, adik beradik ku, kawan2 aku yg baik, serta semua saudara seagama ku, semoga hidup kita dipermudahkan.. kan doa org bermusafir tu makbul..Insha Allah.. sekarang ni aku nak cerita pasal masjid2 yg aku yg aku menumpang bersolat ini...
 Masjid gedangsa...
rata2 penduduk disini adelah peneroka felda.. dr pelbagai peringkat umur.. tp yg aku sedih.. wlw dah azan, wlw khatib dah mula membaca khutbah mereka masih duduk berkumpul2 dan besembang sesama mereka.. bukan budak2 sekolah yg masih belum matang fikiran... tapi pakcik2 yg sudah terlalu tua pada anggapan aku untuk tidak tahu adab2 berada dirumah Allah.. tidak tahukan mereka sekira mereka tidak hormat akan seruan azan Allah akan mengkelukan lidah mereka untuk mengucap syahadah ketika berhadapan sakaratul maut nanti... nauzubillah... semoga Allah melimpahkan hidayah kepada mereka.
selain tu pulak atitud mereka sungguh mengjutkan aku.. tersentap aku seketika bila seorang remaja hanya mencampakkan sahaja bekas tabung derma ke maamum sebelahnya yg duduk agak jauh.. org tua pulak tu... hmm adik apa lah salahnya berbudi bahasa dan bersopan bangun sedikit untuk menolak bekas tabung tu.. hmmmmmm 


MASJID PLKN
hari ni aku solat kat masjid ni.. agak kurang maamumnya.. hanya diramaikan oleh pelatih PLKN dr kem sebelah masjid tu.. nak kata penduduk tak ramai area felda juga... mungkin mereka penat selepas berkebun seblah paginya... harap di makmurkanlah masjid yg sungguh besar itu.


MASJID BELIA DUA
masjis kg yg masih kekal reka bentuk asalnya, rasa seronok sekali solat kat masjid ni, mungkin berkat ikhlas sumbangan wakaf dr org2 kg yg terdahulu yg disumbangkan dgn hati yg tulus ikhlas dan sumber yg benar2 halal.. bukan untuk bermegah2 macam sekarang ni.. MACAMLAH DUIT DIA SENDIRI YG DIA KELUARKAN.... yg best kat sini ade seorang imam berjiwa muda yg naik motosikal scrembler pegi masjid.. respek habis.. lom sempat lagi berbual dgn imam tu untuk menambah ilmu.. nantilah kalau berkesempatan untuk bertemu lagi...


itulah pengalaman aku semasa bermusafir.. thun lepas aku bercita2 nak solat terawih disetiap masjid daerah aku ni.. tp pasal kena bawak mak ke masjid, maka cita2 aku tak tercapai.. harap tahun ni la.. untuk belajar dan terus belajar.. insha Allah